ALOR SETAR: Kerajaan Kedah akan menyemak semula sistem hierarki Mahkamah Syariah di negeri ini daripada tiga peringkat hierarki kepada empat peringkat.
Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata kerajaan akan meneliti untuk menambah satu lagi peringkat mahkamah selepas Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah.
"Ini adalah bagi membolehkan pihak-pihak yang berlitigasi mempunyai satu lagi peluang untuk merayu selepas Mahkamah Rayuan Syariah.
"Hal ini juga secara tidak langsung akan memperbaharui kedudukan Hakim-Hakim Syarie ke arah kedudukan yang lebih tinggi daripada semasa," katanya semasa menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Sultan Kedah di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini, hari ini.
Beliau berkata aspek Kehakimah Syariah adalah aspek kehakiman negeri yang perlu terus diperkasa selaras nilai ketinggian dan keadilan Islam.
Katanya saranan Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah agar penubuhan Mahkamah Syariah diletakkan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah akan diteliti segera.
Sultan Sallehuddin ketika bertitah pada Istiadat Perasmian Pembukaan Sidang DUN Kedah Isnin lepas menyarankan kerajaan menyemak semula struktur Mahkamah Syariah seperti sistem hierarki mahkamah itu, supaya memberi lebih ruang keadilan kepada pihak terbabit.
Dalam pada itu Muhammad Sanusi berkata status terkini projek Lapangan Antarabangsa Kulim (KXP) adalah dalam proses pengaktifan peringkat akhir untuk melengkapkan pendaftaran syarikat tujuan khas (SPV) untuk menguruskan projek itu.
Beliau berkata kerajaan negeri pada 22 Nov tahun lepas telah memeterai perjanjian dengan pelabur untuk menubuhkan SPV yang dinamakan Kedah Aerotropolis Holdings Sdn Bhd (KAHSB).
"Setelah lengkap proses itu, barulah kemasukan dana oleh pelabur yang berjumlah RM2.5 bilion akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah dipersetujui," katanya.
Sidang DUN Kedah kali ini berakhir hari ini dan akan bersidang semula pada satu tarikh yang akan ditentukan kemudian.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 07 2024
Muhammad Sanusi berkata, aspek Kehakimah Syariah adalah aspek kehakiman negeri yang perlu terus diperkasa selaras nilai ketinggian dan keadilan Islam. - Gambar fail
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Projek pembangunan: Kedah rakam penghargaan maklum balas baik PM, ada kelulusan segera
Muhammad Sanusi berkata sebanyak lapan projek dikemukakan untuk persetujuan Kerajaan Persekutuan selain berbelas lagi dimasukkan ke dalam senarai.
Muhammad Sanusi mohon maaf atas keterlanjuran kata
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta maaf sekiranya ada memberi ucapan yang kurang sesuai dalam konteks hubungan sesama manusia (hablumminannas).
Tiada keperluan mendesak bina LRT di Langkawi - Mahfuz
Tiada keperluan mendesak untuk membina Transit Aliran Ringan (LRT) di Langkawi dan kerajaan Kedah sepatutnya memberi keutamaan kepada isu rakyat yang lain.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Bomba Kedah kenal pasti 10 lokasi panas kes lemas
Ia membabitkan tiga kawasan pantai dan tujuh kawasan sungai dan air terjun yang sering menjadi tumpuan ramai terutama pada musim perayaan.
Air terjun Titi Hayun kering-kontang
Ini menyebabkan kawasan peranginan Titi Hayun semakin hilang seri apabila tiada lagi kedengaran bunyi deruan air terjun seperti biasa.
Kedah, KL City nampak bersungguh-sungguh selesai isu tunggakan gaji - MFL
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) tidak menafikan keperluan Kedah Darul Aman dan Kuala Lumpur City untuk terus berada dalam saingan Liga Super 2024-25.
Kedah semak semula hierarki Mahkamah Syariah
Kerajaan Kedah akan menyemak semula sistem hierarki Mahkamah Syariah di negeri ini daripada tiga peringkat hierarki kepada empat peringkat.
Kedah pelawa pihak berminat bantu, taja KDA FC
Kerajaan negeri Kedah mempelawa pihak berminat membantu atau menaja pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang kini sedang berhadapan dengan masalah kewangan.
Cuaca panas: Enam daerah di Kedah pada tahap berjaga-jaga
Enam daerah di Kedah berada dalam tahap satu iaitu berjaga-jaga menerusi status cuaca panas setakat jam 4.30 petang pada Ahad.